Saturday, December 28, 2019

Alahan Resdung atau Sinusitis

December 28, 2019 0 Comments
Resdung atau Sinusitis bermula dari saluran pernafasan tersumbat sehingga berlakunya jangkitan kuman lalu menyebabkan bengkak dan iritasi. Punca Resdung bermula dari alahan seafood, habuk, debu dan sebagainya. Antara tanda-tanda resdung pula seperti hidung berair, hidung tersumbat, sakit kepala di bahagian hadapan, gatal-gatal, mata merah, tumbuh jerawat, gusi membengkak, nafas berbau, hilang deria bau, bengkak di bahagian bawah mata, pipi dan hidung. Saya nak kongsikan bagaimana cara saya mengunakan MMG Massage Gel ketika resdung. Dalam MMG Massage Gel ini mengandungi Minyak Kayu Putih yang bersifat antibakteria, antiseptik dan antivirus dan sangat baik dalam membantu melegakan hidung tersumbat, membantu mengurangkan sakit kepala, membantu menghilangkan gatal-gatal dan membantu menyurutkan bengkak akibat resdung. Kelebihan MMG yang saya suka ketika menggunakannya untuk resdung ialah MMG ini berasaskan air (waterbased) , teksturnya seperti lotion, tidak berminyak, tidak melekit, serta sangat ringan dan selesa digunakan. #MMGMassageGel #MMGLotion #MMG #Resdung

Sila lihat video cara penggunaan MMG Massage Gel untuk  masalah Resdung



Cara Guna MMG Massage Gel untuk Bantu Legakan Resdung, Bersin-bersin dan gatal-gatal






Cara Hilangkan Resdung

December 28, 2019 0 Comments
MMG Gold Apple mahupun MMG Pink Lavender, kedua-duanya boleh digunakan untuk Resdung.

Kandungan Minyak Kayu Putih di dalam MMG mampu membantu melegakan rasa tidak selesa semasa, hidung tersumbat, hidung berair, gatal-gatal serta sakit kepala akibat resdung.

Malah Minyak Kayu Putih bersifat anti bakteria, anti kulat, anti virus, antiseptik. mampu mengeringkan luka dan menghapus jerawat

Berbalik pada MMG, teksturnya yang ringan, waterbase, tidak melekit dan cepat meresap membuatkan saya sangat selesa dan segar. 

Saya mengalami masalah resdung yang agak teruk pada umur hujung 20 an. Pada ketika itu, wajah berjerawat teruk dan sangat gatal. Saya alah kepada semua jenis makanan laut kecuali sesetengah jenis ikan sahaja.

Pada waktu itu, saya merawat resdung saya dengan rawatan kulit di Salon, pusat resdung, bekam, ubat klinik dan rawatan tradisional dan sebagainya.

Namun, hasil rawatan hanya bersifat sementara sahaja. Jerawat terus tumbuh di muka.

Setelah itu, saya hanya mengambil vitamin C dan mengelak terus dari makanan laut, mengurangkan makanan ringan  dan  berminyak. Selepas menjaga makanan, jerawat saya mula hilang. Namun parutnya tetap kekal hingga ke hari ini.

Tetapi sekiranya saya tersilap makan, jerawat dan gatal muka datang kembali. Seksanya menahan gatal itu. Jika di garu maka makin menjadi-jadilah jawabnya.

Sehingga satu hari, saya terbaca posting seorang rakan yang menggunakan MMG untuk resdung. Di mana masalah resdungnya berkurang dan dia sudah boleh makan seafood seperti dulu.

Saya sangat teruja dan menjadi pengguna setia MMG sehingga hari ini.

Berikut saya sertakan video cara kegunaan MMG untuk resdung.



Penggunaan MMG secara konsisten, telah membantu melegakan resdung saya. Tiada lagi masalah gatal-gatal dan bersin waktu pagi. Malah saya juga sudah boleh makan makanan seafood pada kadar sederhana setelah menggunakan MMG

Alhamdulillah, nikmatnya.

Friday, November 22, 2019

MMG Shower Gel

November 22, 2019 0 Comments
Ada yang bertanya pada saya tentang MMG Shower Gel. Saya hanya mampu tersenyum. Senyum kerana bersyukur. Belum pun dilancarkan lagi, pertanyaan info produk MMG sudah bertalu-talu.

Alhamdulillah, Saya bersyukur kerana situasi ini juga terjadi kerana kepercayaan yang telah diterima oleh MMG Massage Gel sendiri. Pengguna sangat berpuas hati dengan manfaat yang diterima, dan mereka menjangkakan yang sama pada MMG shower Gel.

Apapun kita tunggu dulu,  25 Nov nanti.

3 bahan yang di ketengahkan dalam produk shower gel ini ialah essential oil dari lemon dan oren. Dan juga penambahan bidara dan ketiga-tiga bahan ini bagus untuk membantu mengembalikan kesegaran tubuh dan bebas dari stress.




Monday, November 18, 2019

MMG Travel Pack - Massage And Shower Gel

November 18, 2019 0 Comments
Ada berita baik lah. MMG Gold bakal ada botol 50g tak lama lagi. Dan yang lebih menarik, ia keluar dalam travel pack yang juga mengandungi MMG Massage Gel Lavender 50g dan produk baru iaitu shower gel bidara lemon 50g.

Comel betul travel pack ni. Memang sesuai untuk pengguna yang selalu travel tak kira di dalam negeri mahupun luar negara.

Harga pengenalan hingga hujung tahun RM60.00 sahaja. Tahun 2020 kembali pada harga sebenar RM69.90

Travel pack kini di buka untuk tempahan mulai hari ini. Jadilah pengguna terawal



Thursday, November 14, 2019

MMG Massage Gel Dapat Anugerah Cemerlang dari PURBATAMA

November 14, 2019 0 Comments
Pada Bulan September 2019, MMG Massage Gel melangkah setapak lagi kehadapan kerana telah mendapat Anugerah Cemerlang dalam kategori produk Kosmetik oleh PURBATAMA (Persatuan Pengeluar Ubat Tradisional Melayu Malaysia).

Anugerah tersebut di terima oleh Pengasas MMG Massage Gel sendiri, Puan Lily Wahab.

Semoga dengan pencapaian cemerlang ini, akan membuka mata masyarakat tentang kewujudan MMG Massage Gel ini dan terus mendapat sambutan yang lebih menggalakkan di masa hadapan.







Wednesday, November 13, 2019

Pengasas MMG Massage Gel Malaysia

November 13, 2019 0 Comments
Pengasas produk MMG Massage Gel atau Minyak Urut Moden MMG ini ialah Puan Lily Wahab.
Beliau merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik.

Bagaimana beliau terjebak dengan Minyak Urut Moden ini ialah secara kebetulan iaitu dimana beliau mengalami kemalangan kecil di kaki dan beliau mengguna minyak urut ini. Alhamdulillah setelah setahun menjadi pengguna tegar minyak ajaib ini, beliau yakin minyak ini banyak membantu dengan izin Allah dan bersedia berkongsi manfaat minyak ini dengan masyarakat.

Maka pada 2016, tercetuslah MMG Massage Gel yang kini menjadi minyak urut moden no 1 di Malaysia.

Tahniah Puan Lily Wahab. Moga terus gemilang dan terbilang memertabatkan ekonomi bumiputra.






Sunday, November 10, 2019

Lebihan Nasi Rezeki Pagi.

November 10, 2019 0 Comments
Buka periuk pagi ini, saya nampak ada lebihan nasi dalam 2 pinggan. Pasti ada yang tak makan malam tadi.

 Saya lah salah seorang daripadanya. Malam tadi perut rasa terlalu senak. Banyak angin barangkali. Lalu saya sapu Minyak Urut Moden MMG. Saya fikir sapu si pinky dulu, kemudian nanti baru makan nasi.Tak sangka, saya tertidur dengan lenanya hingga ke subuh. Lavender dan Menthol kristal pasti dah kenakan saya malam tadi.

Namun saya bersyukur, bangun pagi tiada rasa senak perut lagi. Berbalik pada nasi tadi, saya blend dan jadikan cucur nasi. Hasilnya rangup di luar, tapi sangat lembut di dalam.

 Subhanallah, perut saya makin selesa dengan sarapan seperti ini. Seolah olah seperti makan bubur versi cekodok. Tak memberikan tekanan pada perut jika dibandingkan cekodok tepung semata mata. Alhamdulillah.

#MMGMassageGel #MinyakUrutModenMMG

Saturday, November 9, 2019

MMG Massage Gel - Minyak Urut Moden No 1 di Malaysia

November 09, 2019 0 Comments
MMG Massage Gel atau lebih di kenali dengan nama Minyak Urut Moden MMG Malaysia adalah minyak urut versi moden berasaskan minyak kayu putih dengan tambahan Aloevera dan Menthol Kristal yang sangat banyak khasiatnya.

Kelebihan MMG Massage Gel

Tekstur seperti losyen ringan yang wangi dan sangat selesa digunakan. MMG Massage Gel TIDAK MELEKIT, berbau HARUM LAVENDER, CEPAT MERESAP ke dalam kulit sepantas 20 saat sahaja.

Kelebihan MMG Massage Gel, ialah ia pantas membantu melegakan rasa tidak selesa yang anda alami. Selain itu, ia dihasilkan dari formulasi 100% dari bahan halal, organik dan selamat.

MMG Boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Sesuai dari anak kecil hingga dewasa.

MMG PANTAS MERESAP ke dalam kulit, Sepantas 20 saat. MMG Massage Gel TAK MELEKIT dan TAK BERMINYAK.

Mudah di guna, selesa disapu. Tak kotorkan tangan dan pakaian anda.

Baunya HARUM LAVENDER, yang wangi membantu menjadikan anda tenang dan yakin. Juga mampu membantu melegakan stress.

MMG Massage Gel berasaskan air atau WATERBASED, sangat baik dan selemat di gunakan kerana ia tidak licin. Selamat di guna di tapak kaki.

Kini MMG Massage Gel ada 2 versi. Haruman Lavender dan Haruman Epal.


Kegunaan MMG Massage Gel

MMG boleh digunakan untuk membantu melegakan rasa tidak selesa akibat
Resdung
Migrain
Senggugut
Angin dalam badan
Gigitan seranggan
Mual dan Muntah
Lenguh badan
Sengal sendi
Bisa badan
dan untuk Urutan


Bahan Utama :
Menthol Kristal
Minyak kayu Putih
Aloevera
Lavender atau Epal

Harga MMG Massage Gel


  • MMG Lavender 50g RM 29.90
  • MMG Lavender 120g RM 45.00
  • MMG Apple 120g RM49.00


Thursday, November 7, 2019

Video Flatlay MMG Massage Gel

November 07, 2019 0 Comments
Projek awal tahun, Feb 2019, saya gementar merakam video Flatlay sendiri. Tapi dengan percubaan ini saya faham bahawa merakan sendiri lebih susah bagi seorang newbie. Saya yang menjadi model tangan dan saya juga nak jeling kamera samada masih dalam sudut dan frame yang saya harapkan.

Stress dan kekok hingga terpicit banyak MMG Massage Gel lebih dari biasa. Selalunya, portion seperti ini saya gunakan untuk urut badan, urut pinggang, gastrik, migrain, sengugut dan kejang kaki.

Untuk resdung, selesema dan urutan bayi, sedikit sahaja dan memadai.

Oh ya, dalam video ini ada MMG botol yang paling comel pada tahun 2019. Dan selepas ini, mungkin saya akan rindu botol kecil 20g itu kerana ia tak akan dikeluarkan lagi pada tahun hadapan iaitu 2020.

Pihak HQ dan stokis Diamond juga sudah kehabisan stock si kecil ni.
Alahai.. nanti akan jadi kenangan sahaja.







Testimoni MMG Massage Gel - Minyak Urut Moden MMG Gold

November 07, 2019 0 Comments
Minyak kayu putih dalam MMG Massage Gel Gold ni lebih banyak jika dibandingkan dengan MMG Massage Gel Lavender. Jikalau MMG Gold disapu pada kawasan alahan resdung, InshaAllah nampak lebih cepat kesannya.

Saya dah sapu MMG Gold pada suami baru baru ini. Suami kurang sihat akibat alahan makan kerang. Resdung suami jadi lebih teruk dari sebelumnya. Suami mengadu rasa tidak selesa untuk bernafas dan sakit kepala.

Saya sapukan MMG Gold pada Zon T, pipi dan kepala bahagian atas telinga. Sebelum buat urutan di muka suami, saya dapati (boleh di rasa dengan sentuhan seperti ada takungan lendir) di dalam kulit. Dan kawasan tersebut kelihatan sedikit bengkak.

Alhamdulillah setelah saya sapu, asbab ikhtiar dengan Minyak urut moden MMG Gold ni, cecair lendir yang saya rasa tadi sudah tiada. Dah boleh bernafas lebih lancar dan selesa.

Dan kepala yang asalnya berat terus jadi ringan.




Sunday, November 3, 2019

Kebaikan Aloevera Atau Lidah Buaya

November 03, 2019 0 Comments
Aloevera banyak digunakan dalam kosmetik dan produk kesihatan kerana manfaatnya yang banyak.
Antara Manfaatnya adalah seperti di bawah.

Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan

Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria

Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar

Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit

Aloevera juga merupakan bahan utama yang terdapat di dalam Minyak Urut Moden MMG (MMG Massage Gel). Jadi tak hairanlah bila menggunakan MMG kulit menjadi lebih lembap, lembut dan sihat. Alhamdulillah, Terbaik lah Aloevera ni.




Ada Apa dengan Minyak Urut Moden MMG Malaysia - Jawapan Orang Selangor

November 03, 2019 1 Comments
Dah hampir 3 tahun saya menjadi pengedar produk Minyak Urut Moden MMG ni. Ramai juga yang melihat bagaimana saya boleh bersabar meneruskan perkongsian manfaat produk sekian lamanya. Tak rasa jemu kah? Begitulah lebih kurang persoalannya.

Saya cuma boleh tersenyum. Bagaimana sabarnya? Sabarnya kerana menyedari hakikat diri yang makin dewasa ( makin tua) dan Minyak Urut Moden MMG ni InshaAllah sangat membantu saya menempuhi hari demi hari agar terus sihat dan ceria.

Kalau diri sendiri dah merasai kelebihannya, dah merasai kenikmatannya bagaimana saya boleh berdiam diri. Kan? Sudah tentu saya kongsikan selalu pada sesiapa sahaja yang sudi membaca.

Biarlah tak glamour janji saya nak kata (InshaAllah):

Minyak Urut Moden MMG Malaysia ni BEST
Minyak Urut Moden MMG Malaysia ni SEDAP
Minyak Urut Moden MMG Malaysia ni COOL
Minyak Urut Moden MMG Malaysia ni WANGI
Minyak Urut Moden MMG Malaysia ni PANTAS MEMBANTU MELEGAKAN
Minyak Urut Moden MMG Malaysia ni PANTAS MERESAP KE DALAM KULIT
Minyak Urut Moden MMG Malaysia ni SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEISI KELUARGA







Mesra Hand Bag - Travel Size Minyak Urut Moden MMG Malaysia

November 03, 2019 0 Comments
Sering saya mendengar rakan-rakan yang ingin ke luar negara mengeluh kerana Minyak Urut Moden MMG mereka tidak boleh di bawa masuk ke dalam pesawat kerana melebihi syarat berat yang ditetapkan. Mesti terbit rasa kecewa kerana tak dapat nak menikmati terapi Lavender di awan yang biru. Atau gundah gulana kerana tak dapat mencalit MMG ketika pening dan mual menyerang.

Tapi, ingin saya jelaskan bahawa Minyak Urut Moden MMG packaging 120g masih boleh di bawa naik pesawat dalam bagasi baju sahaja. Andai nak bermanja dengan terapi Lavender atau berjaga jaga dengan pening dan mual, saya sarankan Anda dapatkan saiz mesra hand bag.

Ya, kami ada saiz comel khas untuk kaki travel supaya lebih mudah disimpan dalam hand bag atau poket dan mudah di bawa kemana sahaja. Menarik bukan.

Harga botol Minyak Urut Moden MMG ini hanya RM29.90 sahaja. Mampu dimiliki.
Dapatkan Segera !



Juga boleh di beli terus di link Lazada ini

https://www.lazada.com.my/products/mmg-massage-gel-50g-minyak-urut-moden-mmg-malaysia-i400099067-s577840446.html


Ingin dengar lebih info lanjut, silakan  menonton video di bawah ini.


Minyak Urut Moden MMG Terbaru : MMG Gold Haruman Epal

November 03, 2019 0 Comments
Setelah 3 tahun menggunakan Minyak Urut Moden MMG haruman Lavender, kini HQ keluarkan MMG baru dengan wangian Epal. Packaging hitam dan gold nampak lebih Ekslusif dan menarik.


MMG MASSAGE GEL GOLD APPLE
MMG massage gel ialah losyen urut yang diperbuat dari minyak kayu putih yang terkenal sejak zaman dahulu. Diformulasikan mengikut keperluan masa kini dengan penambahan bahan organik yang lain seperti Aloevera dan haruman apple, menjadikan MMG sebagai losyen urut yang wangi dan baik untuk kulit.

Selain itu, MMG sangat BEST kerana :
Tidak Melekit Tidak berminyak Bau apple yang wangi dan tahan lama Cepat meresap Saiz poket Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga

MMG massage gel juga mempunyai tekstur yang ringan, berangin dan menjadikan penggunanya merasa sangat selesa dan segar. MMG ini sangat sesuai dibuat urut dan boleh digunakan untuk membantu melegakan gatal gatal di kulit.

 Harga Pengenalan RM45.00 Sahaja Sehingga 31 Dec 2019. Akan kembali pada harga sebenar iaitu RM49.00
**Harga tidak termasuk Pos

BAHAN-BAHAN MMG
Aqua Aloe barbadensis Eucalyptus Leaf Oil

KEGUNAAN MMG
Senggugut, Resdung, Migrain ringan, Kembung perut, Lenguh, Sengal, Gigitan Serangga dan Urutan badan

Petua Buang Angin Guna Sikat

November 03, 2019 0 Comments
Bila badan mula masuk angin, terasa bisa dan menyucuk-nyucuk hingga kita berasa sangat tidak selesa. Mood seharian juga terjejas sama.

 Tak boleh terus dibiarkan dan perlu dapatkan rawatan di klinik mahupun gunakan cara tradisional seperti berurut, ambil jamu dan sebagainya.

Namun, seandainya kita belum berpeluang untuk mendapatkan rawatan seperti diatas, boleh cuba dulu dengan petua ini.

Petua Buang Angin 

Ambil sikat rambut dan sikatkan perlahan-lahan bahagian yang masuk angin, dari atas ke bawah. Ulang beberapa kali. Insha Allah, anda akan sendawa dan badan berasa lebih segar. . Semoga Bermanfaat